Monday, October 7, 2013

Tempat Pelancongan

Masjid kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan perlancongan Taman Tamadun Islam. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli.Masjid ini menjadi daya tarikan pelbagai pihak kerana struktur binaannya yang unik.
Non-muslim juga berpeluang untuk melawat ke dalam masjid kristal dengan memakai tudung dan jubah yang disediakan. 
Salah satu simbolik terengganu ialah penyu. Maka, lorong penyu juga menjadi tempat pelancongan.
Jambatan ini dikenali sebagai "jambatan kekasih" oleh penduduk tempatan. Pemandangannya indah dan romantik.
Waterfront Kuala Terengganu, sebab terletak di depan laut = =
Pemandangan senja di Kuala Terengganu di sekitar Bazaar Warisan.
Kampung Cina!
Telur penyu yang dijual di Pasar Payang.
Telaga yang terkenal.
Perarakan hiasan kapal sempena sambutan ulang tahun ke-51 hari keputeraan ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Terengganu- Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah.
Bunga api yang cantik pada malam itu.

Tarian Tradisional

‎Tarian Kura - kura Gendong berasal daripada pergerakan Silat Kura-Kura yang menerapkan elemen pergerakan persilatan Masyarakat Melayu di Hulu Terengganu khususnya di sekitar Kampung Menerong dan juga Kampung Gunung. Kura-Kura Gendong mengetengahkan suatu pergerakan tari yang diberikan nafas dan ciptaan baru bersesuaian dengan pergerakan tariannya tersendiri. Kura-Kura Gendong telah digubah dan diambil kira dari segenap sudut habitat silat asal kura-kura tersebut. Tarian ini lebih cenderung kepada kepercayaan dan penceritaan yang diambil kira sebagai teladan dan model masyarakat setempat. Enam kura-kura yang merebutkan beberapa biji pisang hutan. Pergerakan yang ditarikan keseluruhannya berpandukan kepada teknik cerita yang dihasilkan melalui tarian tersebut. Penghasilan ciptaan menggambarkan keharmonian, kebencian, kemarahan, persengketaan dan juga persefahaman yang terkandung di dalam setiap pergerakan dan tarian. Kura-kura gendong melambangkan perkembangan silat yang lembut dan juga keasliannya yang tetap terpelihara.

Lagu Tradisional

Lirik Anak Burung Baniong - Lagu Tradisional Terengganu

Anok burunglah baniong
Banionglah kabak gading weh
Tok buleh lah dok dinanti lah
Tok buleh lah hiwa nantinya
Di alam lah dondang gading

Ah baik lah anok burung weh
Menusurlah dondang turun lah
Di balai lah dok nok abang weh
Di alam lah dondang gading

Anok burunglah kabak niongnya
Anok burunglah baniong
Baniong lah dondang gading weh
Berpijok lah dondang kita gok
Ke medanglah yang ini
Kesana lah dondang ini gok

Ah kita kan mengadaplah
Ah payung lah ke negeri weh
Ah turung lah ke negeri gok
Negeri payong mahkota
Di junjunglah yang tinggi

Bertimanglah dondang ini gok
Biarlah bersuka hati weh
Marilah bersuka hilai lah
Ah kita bertepik sorok

Anok burunglah kabak nionglah
Baniong berdondang gadingnya
Ah kitalah mintok ampun weh
Kepade tuang budiman
Keranalah yang kita ini
Hai kuranglah nye bijok

Dibetul langkoh yang seni wehh
Dihayong langkoh disambut
Dilenggang langkohlah yang kite ini
Terhadak langkoh yang ada
Ahh silap lah dondang ini weeh

Aah dari jauhlah dondang weehh
Lah kiter menjunjung kasih
Hai sampai langkoh yang dekat doh
Nok undor nok mintok tunjuk
Bersimpul lah yang lendik kita

Berduang langkoh nok sambut weh
Yang satu kan melayang lah
Dua tiga langkoh disambut
Keempat langkoh melayang lah
Kelima kan disambut
Keenam kan disambut
Ketujuh kan melayang lah
Ketujuh langkoh disambut
Ketujuh langkoh melayang lah
Berekat solilohnye

Makanan

Keropok lekor yang ranggup
Nasi beriani 
Dorayaki yang berinti kaya, manisnya~
Makanan tradisional orang melayu- Satay, mestilah cuba!
Jom makan nasi pulut panggang serunding udang kering!
Nampaknya biasa, rasanya special!
Kuih jakarta.
Pak cik ni sangat serius membuat kuihnya.
Kuih dorayaki, bos memperkenalkannya sebagai kuih doraemon. 
Lelaki tu sudahlah tak sabar nak makan! Tengok air liurnya~. 

Pulut buluh, dibuat daripada gula melaka dan beras. Mesti cuba di terengganu!
Ho Chiak!!!!!
Pau Terengganu yang terkenal di Kuala Terengganu. Rotinya baru dibakar. Baunya wangi  rasanya lembut. Mmmm... lazatnya