Friday, November 29, 2013

Sejarah Terengganu

 
Bagi yang belum mengenali Terengganu, ayuh kita berkenalan dahulu dengan daerah yang ada di negeri ini:
  • Besut
  • Dungun
  • Kemaman
  • Kuala Terengganu
  • Marang
  • Setiu
  • Hulu Terengganu

Bandar-Bandar di Kuala Terengganu pula adalah:
  • Bandar raya Kuala Terengganu
  • Chukai
  • Jerteh
  • Dungun
  • Kuala Berang
  • Marang
  • Permaisuri
Kata orang, "tak kenal, maka tak cinta". Mari kita berkenalan dengan sejarah kesultanan negeri Terengganu ini.
Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu (1881 - 1918)
Terengganu pada awalnya di bawah jajahan Palembang. Seterusnya di bawah pemerintahan Johor. Pada ketika itu, laksamana dan bendahara Johor dihantar untuk memerintah negeri ini. Pengasas Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda juga dikenali sebagai "bendahara padang saujana". Mengikut hikayat Johor, Tun Zainal Abidin pergi ke Pattani dan dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani iaitu Phra Nang Chau Yang.
Sudah banyak tempat bersemayan selama menjadi Sultan.Antaranya,Tanjung Batu,Kuala Berang,Kota Batang Mahang,Langgar dan Pulau Manis.Akhir sekali ke Chabang Tiga di Kuala Terengganu (kini dipanggil Kota Lama).Sultan Zainal Abidin 1 telah diganti oleh putera baginda dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1 ketika berusia 7 tahun.Baginda telah berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak dan Raja Bakul.Baginda banyak mengahabiskan zaman pemerintahannya (di Riau) dengan melibatkan diri dalam persaingan antara orang melayu dan orang bugis.Seterusnya,terlibat dalam politik Kelantan bagi membantu Long Yunus menduduki takhta kerajaan Kelantan.

 

Seterusnya,baginda diganti oleh puteranya,Sultan Zainal Abidin II.Selain itu,Baginda Omar pernah memerintah Terengganu dan ketika itu,Terengganu berkembang dengan sangat maju.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pemimpin negeri ini sebelum mencapai keamanan yang stabil.Contohnya,British sudah banyak kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan ini.
Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah sekarang
Apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat,Tengku Ali pula dilantik sebagai “Pemangku Sultan Sementara” oleh pihak pentadbiran Jepun. Dan seterusnya diberi gelaran Sultan oleh Gabenor Jepun.Seterusnya,Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan negeri itu dengan gelaran “Sultan Ismail Nasaruddin Shah”.Apabila Sultan Nasaruddin mangkat ,baginda diganti oleh puteranya,Tengku Mahmud dan akhirnya kepada Sultan Mizan Zainal Abidin.Begitulah kisah pemerintahan kerajaan negeri ini.

 Rujukan: